Wednesday, October 5, 2011

Dara Balik Pulau Rakus Di Rogol

Seingat ingat aku dahulu, bila aku meronda menaiki basikal tua mengelilingi balik pulau , apa yang aku nampak hanya hijau & hutan..Sejuk saja walau tengahari sekalipun...apatah lagi waktu malam...namun sekarang..amat berbeza..


 habis gondol tanah bukit
Harga serendah RM800k hingga RM 1 Juta ?..
sampai bila rumah ini akan bertahan


Akan tiba satu hari nanti, pribumi balik pulau akan merintih , merempat di tanah air tumpah darah mereka sendiri . Teringat aku satu lagu lama , iaitu lagu anak kecil main api...hayati lah lagu ini..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Monday, October 3, 2011

Pantai Malindo , Sungai Burung

Ramai tertanya tanya...pantai malindo?...bagi orang balik pulau,nama ini sudah sinonim & sebati..namun bagi orang luar, pantai malindo bukan tempat untuk mandi manda, bukan seperti pantai di batu feringghi. Namun pantai ini menjadi tarikan para pembeli ikan yang fresh, pencari siput atau kerang , malah jika bernasib baik anda akan berjumpa dengan binatang laut predator ( belangkas lahh..).Selain itu untuk peminat panorama senja, di sinilah tempat paling cantik sekali.

Tempat Lawatan Jurugambar

Sejak akhir akhir ini, Balik Pulau atau nama singakatannya BP,telah menjadi satu tempat kunjungan bukan sahaja para pelancong,malah menjadi tumpuan jurugambar.




Gambar di atas adalah gambar di atas puncak bukit pemandangan indah , bila anda di puncak bukit ini anda akan melihat hampir keseluruhan kawasan balik pulau.Tempat ini juga terdapat tempat makan serta surau untuk solat, jadi tak perlu risau jika anda adalah peminat panorama senja. Tempat ini menjanjikan panorama senja yang sangat indah ( jika cuaca tidak mendung atau hujan ).selepas ini saya akan update tempat panorama senja terbaik di balik pulau

Pengenalan Balik Pulau

Pekan Kongsi Baru 


Balik Pulau juga terkenal sebagai "The Village Behind The Island". Ini kerana ia juga merupakan namanya jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.


Balik Pulau terletak di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan Hindi dan Selat Melaka. Oleh itu ia terdedah kepada ombak besar seperti tsunami 2004. Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan bandar Georgetown.Jalan perhubungan hanyalah jalan raya dan bot nelayan.


 Jalan raya dari Bayan Lepas di selatan dan dari Teluk Bahang di utara. Jalan tengah dari Relau. Jalan raya ini terpaksa mengelilingi kawasan berbukit-bukit seperti di ar terjun Titi Kerawang. Dari atas bukit anda dapat melihat kawasan Balik Pulau yang landai di tepi pantai.